Post by toman bunga on Feb 25, 2013 22:43:40 GMT 8
Indeks
Permulaan
1 - Akta 1 (1) - Permulaan
2 - Akta 1 (2) - Tafsiran Istilah
3 - Akta 1 (3) - Pengenalan
Artikel
4 - Akta 2 (1) - Artikel
5 - Akta 2 (2) – Dasar Dan Pegangan
6 - Akta 2 (3) – Akhlak, Adab Dan Ukhwah
7 - Akta 2 (4) - Sumber Dan Hak Cipta Penulisan
8 - Akta 2 (5) - Aktiviti Dan Penggunaan Nama Ruang Pancing - Forum (PRF)
9 - Akta 2 (6) - Umum
Pernyataan Umum
Penutup
Akta 1 (1) - Permulaan
Topik ini dinamakan Kod Etika Forum 'Ruang Pancing - Forum(RPF)'
Akta 1 (2) - Tafsiran Istilah
Di dalam topik ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –
Akta 1 (2) - A
"Ruang Pancing - Forum" ialah laman forum internet yang menggunakan web browser untuk akses.
Akta 1 (2) - B
"RPF" ialah singkatan nama forum (perkataan yang akan digunakan selepas ini) secara maya yang inti patinya berteraskan hal-ehwal pancingan, di samping menyemai Ukhuwwah Islamiah di kalangan ahli2 forum.
Akta 1 (2) - C
"Ahli" ialah sesiapa sahaja samada lelaki dan wanita yang mendaftar sebagai ahli RPF dengan mengisi 'Borang Pendaftaran Online'.
Akta 1 (2) - D
"Penulis" ialah ahli yang menulis sesuatu mesej di mana-mana Forum dalam RPF, samada sebagai pemula atau pun penjawab topik.
Akta 1 (2) - E
"Topic Starter" (TS)/ "Tuan Tanah" ialah ahli yang membuka satu topik perbincangan yang baru di dalam mana - mana thread yang terdapat di dalam forum RPF.
Akta 1 (2) - F
Administrator adalah penubuh laman RPF ini.
Global Moderator adalah pembantu kanan administrator
Sub Global Moderator adalah pembantu kanan Global Moderator
Global Moderator adalah pembantu kanan administrator
Sub Global Moderator adalah pembantu kanan Global Moderator
Mereka adalah ahli RPF yang dilantik oleh pentadbiran RPF sebagai pengendali keseluruhan di dalam forum ini.
Akta 1 (2) - G
Moderator adalah pemantau ruangan forum mengikut tempat yang telah ditetapkan
Akta 1 (2) - H
"Imej" ialah sebarang gambar yang berada di internet, yang terdiri dari format jpg, jpeg, bmp, gif, png dan yang seumpama dengannya. Gambar ini tertakluk kepada terma dan syarat pemilik asal gambar tersebut, kecuali dinyatakan hak milik.
Akta 1 (2) - I
"URL" ialah Universal Resource Locator, iaitu alamat sesuatu bahan internet.
Akta 1 (3) - Pengenalan
1. Protokol RPF ini adalah garis panduan perbincangan di forum RPF. Ia dirangka sebagai satu kaedah mencapai matlamat utama RPF, iaitu:
i. RPF sebagai tempat untuk ahli-ahlinya berkongsi apa saja maklumat mengenai Hal-Ehwal Memancing yang mereka minati
ii. RPF sebagai medan mempertingkatkan silaturrahim dan ukhuwwah sesama Muslim yang meminati aliran hobi yang sama
iii. RPF sebagai landasan bertukar pendapat dan maklumat berkaitan dengan Pengetahuan Am, Kekeluargaan dan Keagamaan serta lain-lain subjek bagi kebaikan bersama.
iv. RPF sebagai pemangkin bagi memperkembangkan kemampuan ahli mengatur aktiviti dan kegiatan yang berpotensi memberi sumbangan kearah peningkatan dalam taraf kehidupan, ukhuwwah, tuntutan ilmu dan amal.
2. Kod etika ini juga berfungsi sebagai agen pemantau bagi memastikan perbincangan di forum ini berlangsung di dalam suasana harmoni dan baik. Kod etika ini boleh dipinda, ditambah atau dikurangkan mengikut keperluan dan kesesuaian dari masa ke semasa.
3. Semua penulisan dan pendapat yang ditulis di dalam forum RPF ini adalah pendapat peribadi penulis berkenaan. Pentadbiran RPF adalah tidak bertanggungjawab keatas apa-apa kesilapan atau kekeliruan yang mungkin ditimbulkan oleh mana-mana penulis di dalam penulisan mereka. Laman Forum RPF tidak boleh dijadikan tempat rujukan muktamad kepada segala bentuk sumber perundangan, hukum-hakam dan apa jua yang melibatkan ilmu dan amalan Islam, namun jika pihak pentadbiran mendapati ada unsur2 fitnah, umpatan dan fakta ketara yang jelas tidak tepat, maka dibawah kuasa yang diberikan kepada Moderator laman yang terbabit, artikel-artikel tersebut boleh diubah, diubahsuai atau dipadamkan dengan dasar tidak menimbulkan kekeliruan ahli2 forum yang lain.
4. Ahli yang menulis atau meletakkan sebarang objek termasuk imej, URL, smiley dan sebagainya di Forum RPF ini diingatkan supaya berfikir dan berhati-hati dengan setiap apa yang ditulis atau diletakkan di sini kerana smiley atau tulisan yang dihantar itu mungkin tidak menepati dengan maksud yang hendak disampaikan itu, Imej pula pastikan ianya diambil dari PC ahli2 sendiri, membawa masuk imej dengan cara mencuri link bandwidth tidak di benarkan, kecuali menggunakan ImageHosting.
5. Semua ahli diminta tidak sewenangnya memberikan jawapan dan pendapat kepada mana-mana persoalan, berdasarkan kepada sangkaan dan pendapat peribadi tanpa merujuk kepada mana mana fakta/rujukan yang sahih dan pendapat muktabar yang diterima. Ingatlah, pendapat peribadi kita yang salah dan silap, dan berkemungkinan bercanggah dengan fakta atau ajaran sebenar Islam, mungkin akan diterima pakai dan diamalkan oleh saudara-saudara kita yang lain. Oleh itu sikap berhati-hati ahli2 forum semua adalah amat dihargai.
6. Sejajar dengan matlamat yang digariskan di atas, mana-mana tajuk atau pendapat yang ditulis atau imej atau URL yang diletakkan di mana-mana ruangan dalam forum RPF ini, melainkan diberitahu atau dinyatakan sebaliknya, yang difikirkan atau diputuskan oleh Pentadbiran RPF dan semua Moderator atau kedua-dua entiti , sebagai bertentangan dengan perkara-perkara yang dinyatakan di bawah, akan diputuskan sebagai tindakan yang bercanggah dengan etika komunikasi dan penulisan Forum RPF.
Akta 2 (1) - Artikel
Ini adalah akta mengenai artikel. Sebarang kesalahan melanggar Akta 2 akan dikenakan hukuman denda.
Akta 2 (2) – Dasar Dan Pegangan
1.1 Segala tafsiran dan perlaksanaan etika ini adalah terletak secara muktamad di bawah budi bicara Pentadbiran RPF.
1.2 Mana-mana klausa dan/atau artikel di dalam kod etika ini adalah boleh diubah, dibuang atau ditambah oleh Pentadbiran RPF mengikut kesesuaian, pada bila-bila masa yang diperlukan.
1.3 Ahli Forum RPF adalah dilarang meletakkan sebarang tajuk, penulisan, imej atau URL yang bermaksud atau membawa maksud merendah-rendahkan, menghina, memperlekeh, mempersenda, menjatuh atau yang seumpama dengannya, nilai-nilai kemanusian sejagat dan agama Islam, di dalam segala rupa bentuk, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
1.4 Ahli Forum RPF adalah dilarang meletakkan sebarang tajuk, penulisan, imej atau URL yang bermaksud atau membawa maksud merendahkan pandangan atau pendapat mana-mana ahli forum yang lain.
1.5 Ahli Forum RPF adalah dilarang dari berdebat dengan mana2 moderator yang telah dilantik oleh Pentadbiran RPF, sebarang tindakan yang diambil oleh semua Moderator adalah sahih dan muktamad.
Akta 2 (3) – Akhlak, Adab Dan Ukhwah
2.1 Ahli Forum RPF adalah dilarang membawa sebarang topik atau perbincangan politik kepartian yang menjurus kepada hina menghina dan cabar mencabar yang memungkinkan timbulnya sikap permusuhan, perasaan kecil hati, pemutusan silaturrahim, tuduh menuduh dan sebagainya.
2.2 Ahli Forum RPF adalah dilarang meletakkan sebarang tajuk, penulisan, imej atau URL yang bermaksud atau membawa maksud, sama ada secara langsung atau tidak langsung yang berbunyi atau berniat atau berbau atau membawa pengertian perkauman.
2.3 Ahli Forum RPF adalah dilarang meletakkan sebarang tajuk, penulisan, imej atau URL yang bermaksud, membawa maksud atau melibatkan sikap merendah-rendahkan sesuatu golongan, individu atau kedua-dua entiti tersebut. Golongan atau individu yang dimaksudkan termasuklah kaum wanita, kumpulan-kumpulan tertentu seperti orang cacat, orang buta, kanak-kanak istimewa atau yang seumpama dengannya.
2.4 Ahli Forum RPF adalah dilarang meletakkan sebarang tajuk, penulisan, frasa, perkataan, imej atau URL yang berunsurkan lucah dan seksual yang keterlaluan dan mungkin membawa dua maksud atau menjadikan perempuan atau lelaki sebagai simbol, elemen, objek nafsu dan seks atau merendahkan martabat kaum wanita atau lelaki, atau yang membawa maksud yang seumpama dengannya.
2.5 Ahli Forum RPF dinasihatkan meletakkan tajuk atau penulisan dengan menggunakan bahasa yang sesuai dengan perbendaharan Bahasa Malaysia. Penggunaan kata-kata kasar, kesat, celupar, menghina atau yang seumpama dengannya adalah dilarang. Ahli Forum RPF juga adalah bertanggungjawab untuk memastikan segala tajuk dan perbincangan sentiasa dibina diatas rasa ukhuwwah, kasih mesra dan sopan santun.
2.6 Ahli Forum RPF adalah digalakkan untuk mendebat, membahas, membincang sebarang bentuk idea/kaedah/peralatan memancing sahaja, BUKANNYA personaliti individu.
Akta 2 (4) - Sumber Dan Hak Cipta Penulisan
3.1 Ahli Forum RPF adalah bertanggungjawab untuk mempastikan segala penulisan dan penyebaran maklumat di RPF diambil daripada sumber yang sahih dan bukan berdasarkan khabar angin, tekaan atau sumber maklumat yang belum dipastikan kesahihannya.
3.2 Ahli Forum RPF adalah dilarang meletak sebarang topik, penulisan, imej atau URL yang merujuk, menerangkan, menggambarkan atau seumpama dengannya, yang melibatkan perbuatan yang bercanggah dengan prinsip hakcipta dan harta intelek, atau yang melibatkan aktiviti spamming, penggodaman (hacking), Denial of Service (DoS), penyebaran virus, worm, trojan dan seumpamanya.
3.3 Penulis adalah bertanggungjawab terhadap apa-apa yang ditulisnya. Bagi mana-mana maklumat dan rujukan yang <del>diambil</del>dipetik daripada sumber dan/atau laman web selain dari di RPF, penulis adalah diminta menyertakan nama sumber dan/atau URL atau link kepada artikel yang diambil, sebagai satu cara pengiktirafan dan menghormati hak empunya sumber asal.
3.4 Sekiranya penulis tidak meletakkan apa-apa nama sumber, URL atau link di dalam tulisannya, secara sendirinya tulisan itu adalah dianggap hasil tangan penulis berkenaan, dan dengan itu penulis adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa-apa implikasi yang mungkin timbul atau akan timbul ekoran daripada penulisan tersebut, termasuk tanggungjawab untuk menjelaskan, mempertahankan dan jika perlu, mengubah tulisan itu.
3.5 Sekiranya sumber yang berkenaan bukan dari Internet/laman maya, sebaliknya dari buku/majalah/kitab, sila nyatakan tajuk penuh, nama penuh penulis, tahun penerbitan buku/majalah/kitab berkenaan. (sertakan halaman muka surat sekali sekiranya perlu)
3.6 Forumer adalah dilarang sama sekali dari menggunakan gambar hasil pancingan/artikel dari sumber yang lain, yang bukan miliknya dan mengaku ia adalah miliknya, ataupun mewujudkan bayangan serta memberi gambaran kepada forumer lain, yang ia (gambar hasil pancingan/artikel) adalah miliknya.
3.6 Selaras dengan ini juga, sebarang pengambilan rujukan, artikel atau seumpama dengannya daripada laman Forum RPF ini, yang diletakkan atau disebarkan ke mana-mana media, perlu dinyatakan sumbernya sebagai daripada RPF.
Akta 2 (5) - Aktiviti Dan Penggunaan Nama Ruang Pancing - Forum (PRF)
4.1 Ahli Forum RPF tidak dibenarkan meletak, menulis atau mengiklan sebarang perkara yang membawa maksud aktiviti atau anjuran aktiviti, di dalam mana-mana forum khusus tanpa memperolehi kebenaran daripada pengendali forum berkenaan. Kebenaran daripada pengendali boleh diperolehi sama ada melalui e-mel, hubungan telekomunikasi atau apa-apa mod hubungan yang membawa maksud perhubungan dua hala. Pengendali forum berkenaan adalah berhak untuk memberikan kelulusan atau menolak permohonan tersebut. Rayuan bagi maksud permohonan yang ditolak boleh dikemukakan kepada Pentadbiran RPF.
4.2 Ahli Forum RPF tidak dibenarkan meletak, menulis atau mengiklan apa-apa aktiviti atau kegiatan yang membawa maksud pungutan wang, untuk apa-apa tujuan, tanpa kebenaran pengendali sesuatu forum. Kebenaran daripada pengendali boleh diperolehi sama ada melalui emel, hubungan telekomunikasi atau apa-apa mod hubungan yang membawa maksud perhubungan dua hala. Pengendali forum berkenaan berhak untuk memberikan kelulusan atau menolak permohonan tersebut. Rayuan bagi maksud permohonan yang ditolak boleh dikemukakan kepada Pentadbiran RPF.
4.3 Ahli Forum RPF tidak dibenarkan merancang, mengelola, menganjur atau mengurus apa-apa aktiviti peribadi atau rasmi, sama ada secara virtual atau realiti, yang menggunakan ruangan atau nama RPF tanpa mendapat kebenaran atau kelulusan daripada Pentadbiran RPF. Pentadbiran RPF boleh dihubungi melalui Admin,Global Moderator's,Sub Global Moderator dan Moderator’s, sama ada melalui e-mel, hubungan telekomunikasi atau apa-apa mod hubungan yang membawa maksud perhubungan dua hala. Semua penama di atas akan menghubungi Pentadbiran RPF, yang mana setelah mengadakan perbincangan, berhak untuk melulus atau menolak permohonan tersebut. Rayuan bagi maksud permohonan yang ditolak boleh dikemukakan semula kepada Pentadbiran RPF.
Akta 2 (6) - Umum
5.1 Ahli Forum RPF adalah dilarang meletakkan sebarang topik, penulisan, imej atau URL yang bermaksud atau membawa maksud mengajak perbincangan untuk mempertikaikan perkara-perkara yang melibatkan :
a. Kedudukan Hadith & Sunnah Rasulullah SAW di dalam Agama Islam
b. Kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia
c. Hak-hak istimewa orang Melayu Malaysia
d. Institusi Raja-Raja Melayu Malaysia
5.2 Ahli Forum RPF diminta tidak mencampurkan perbincangan kosong di dalam topik-topik yang sedang diperbincangkan. Ahli Forum RPF dinasihatkan untuk menghormati sesuatu majlis perbincangan dan berlaku adil kepada ahli lain yang sedang berbincang di situ.
5.3 Ahli Forum RPF diminta untuk mempastikan segala pembukaan topik baru dibuat di Laman yang bersesuaian. Contohnya, perbualan kosong tidak seharusnya dimasukkan ke dalam laman yang serius dan begitu juga topik-topik yang serius dan ilmiah tidak sepatutnya dibuka di Laman 'SANTAI DI RPF'. Mana-mana topik yang kurang sesuai dengan sesuatu laman akan dipindahkan oleh Moderators ke Laman lain yang lebih sesuai.
5.5 Ahli Forum RPF hendaklah memaklumkan kepada mana-mana moderator bertugas sekiranya beliau ingin membuka topik yang baru, atas alasan topik yang sedia ada sudah luput/expired dan maklumat di dalamnya sudah tidak lagi relevan.
5.6 Ahli Forum RPF diminta kalau boleh tidak menggunakan huruf besar dalam kesemua perkataan yang digunakan atau mencampurkan huruf besar(kecuali untuk undangan majlis) dan kecil dalam sebarang penulisan juga jangan terlalu memendekkan sangat perkataan yang hendak ditulis sehinggakan ahli lain kurang faham dengan makna perkataan tersebut, penggunaan ayat2 seumpama SMS tidak digalakkan! pemilihan penggunaan satu2 warna pada tulisan juga haruslah bersesuian dan boleh dibaca.
5.7 Ahli Forum RPF diminta menggunakan nickname yang tidak membawa maksud atau mempunyai makna yang buruk. Bagi mana-mana nickname yang tidak sesuai pada pandangan Pentadbiran RPF atau moderators forum, pemilik nickname tersebut akan dinasihatkan untuk memilih nama lain yang bersesuaian.
5.8 Ahli Forum diminta tidak meletakkan imej bersaiz besar (panjang x lebar) atau berat (kilobyte) atau banyak imej-imej kecil yang sama, yang akan memperlahankan paparan topik dan mengganggu keselesaan ahli lain.
5.9 Topic Starter (TS) adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas topik yang dibuka oleh beliau. Beliau berhak untuk memohon agar topik yang beliau buka itu ditutup, walaupun terdapat permintaan selainnya dari warga forumer yang lain.
Akta 3 (1) - Pernyataan Umum
Mana-mana tajuk atau komen yang ditulis atau imej atau URL yang diletakkan di RPF, melainkan diberitahu atau dinyatakan sebaliknya, yang difikirkan atau diputuskan oleh Pentadbiran RPF atau Moderators forum atau kedua-dua entiti, bertentangan dengan perkara-perkara yang dinyatakan diatas, akan diputuskan sebagai tindakan yang bercanggah dengan etika komunikasi dan penulisan RPF.
Tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh Pentadbiran RPF atau moderators forum atau kedua-dua entiti adalah mengikut turutan berikut:
1. Ahli Forum RPF terbabit akan diberikan peringatan, teguran atau nasihat agar tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan. Mana-mana tajuk, penulisan atau imej yang bercanggah dengan etika ini akan diubahsuai atau dibuang.
2. Ahli Forum RPF terbabit akan diberikan peringatan kali kedua yang lebih tegas agar tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan. Mana-mana tajuk, penulisan atau imej yang bercanggah dengan etika ini akan diubahsuai atau dibuang.
3. Ahli Forum RPF terbabit akan diberikan peringatan kali ketiga dan penulisannya akan dibuang dari forum.
4. Ahli Forum RPF terbabit akan diberikan peringatan kali keempat dan topik berkenaan akan dikunci atau dibuang. Disamping itu, ahli RPF tersebut juga akan dilarang dari menggunakan sebarang forum perbincangan RPF. Nickname ahli RPF tersebut juga akan disenaraihitamkan.
5. Ahli Forum ditegah sama sekali untuk mencabar kewibawaan Pentadbiran RPF Khasnya dan Moderators amnya, seperti mempertikai sebarang keputusan yang telah ditentukan oleh Pentadbiran RPF dan Moderators
6. Ahli Forum adalah DITEGAH sama sekali untuk membuka semula topik baru bagi mengganti topik lama yang telah ditutup sebelumnya oleh Moderator
7. Pihak Pentadbiran RPF dan Moderator berhak untuk meminda (EDIT), mengunci (CLOSE/LOCK), mengalih (MOVE) atau membuang (REMOVE) mana-mana topik atau posting, tanpa memberi notis awal kepada penulis atau pembuka topik
Tindakan-tindakan yang diambil akan disertakan dengan pesanan dan nasihat yang bersesuaian. Di mana perlu diberikan sebab musabab yang difikirkan bersesuaian bagi kedua belah pihak. Bagi kes-kes tertentu, Pentadbiran RPF dan/atau Moderators adalah berhak melaksanakan budi bicara untuk tidak mengikut turutan di atas, bagi melindungi kepentingan Masyarakat, Agama Islam, kepentingan ahli forum RPF dan kepentingan Forum RPF ini khasnya.
Penutup
Segala yang berkaitan dengan Etika RPF di atas adalah semata-mata bertujuan untuk mempertingkatkan pencapaian objektif pengukhuwwahan RPF, yang penghujungnya ialah mencapai keredhaan Allah SWT.
Diatas segala kerjasama yang anda berikan, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Penyertaan anda di RPF adalah sesuatu yang amat kami hargai, dan dengan penyertaan tersebut, semoga Allah SWT mengurniakan kebaikan kepada kita dan kesemua pengunjung amnya.
Log Pengubahsuaian Protokol PRF
1) Protokol dicipta oleh Toman Bunga
2) Protokol diubah suai dan ditambah protokol kecil oleh Putera Mujahid Islam
2) Protokol diubah suai dan ditambah protokol kecil oleh Putera Mujahid Islam