|
Post by Putera Mujahid Islam on Feb 27, 2013 22:20:10 GMT 8
Pasir Puteh: “Bot kami hampir tenggelam ketika menarik pari ini ke tebing, malah terpaksa berhempas-pulas dua jam sebelum berjaya menaikkannya ke darat,” kata Muhammad Azri Azmi, 20, menceritakan detik cemas selepas berjaya menangkap seekor pari betina seberat 130 kilogram menggunakan pukat, semalam.
Pari batik itu ditemui tersangkut di pukat dipasang Muhammad Azri bersama rakannya, Nik Mohamad Anas Nik Mansor, 17, di Terusan Kemasin-Semerak di Gate Kulim, kira-kira jam 5 petang kelmarin sebelum memeriksanya semula pada jam 7.30 pagi semalam.
Muhammad Azri dari Kampung Gong Datuk, berkata, pada mulanya dia dan Nik Mohamad Anas menyangka pukat tersangkut benda berat selepas tidak mampu mengangkatnya dan menariknya menggunakan bot.
Katanya, malang bagi mereka apabila enjin bot rosak menyebabkan terpaksa mendayung sejauh 80 meter ke tebing.
“Sebaik tiba di tebing, benda berat itu tiba-tiba menggelupur sebelum saya nekad menyelam untuk melihat apa yang tersangkut pada pukat dan terkejut melihat seekor pari bersaiz tiga meter panjang dan dua meter lebar berusaha keluar dari pukat.
“Kami berusaha menaikkan pari itu, namun tidak mampu kerana terlalu berat. Tali sebesar jari telunjuk terpaksa digunakan untuk menaikkannya ke darat selepas dua jam berhempas pulas ‘bertarung,” katanya.
|
|
|
Post by Putera Mujahid Islam on Feb 27, 2013 22:21:01 GMT 8
Fuhhh
|
|
|
Post by toman bunga on Feb 27, 2013 22:23:05 GMT 8
ni ikan pari air tawar amazon huhuhuhu
|
|
|
Post by Putera Mujahid Islam on Feb 27, 2013 22:25:22 GMT 8
Besor nih. Kalau dapat jual....hehehe
|
|
|
Post by toman bunga on Feb 27, 2013 22:26:21 GMT 8
anak pari dlm gambor regenye dlm rm 60 huhuhu
|
|
|
Post by Putera Mujahid Islam on Feb 27, 2013 22:27:35 GMT 8
anak pari dlm gambor regenye dlm rm 60 huhuhu Itu baru anak dio. belum yang 'datuk' dia tuh tp pakai pukat, mana aci. Tp kalau dah rezeki tetap rezeki
|
|
|
Post by toman bunga on Feb 27, 2013 22:28:44 GMT 8
tapi ikan apri nih pelik sikit eko die kontot huhuhuhu
|
|
|
Post by Putera Mujahid Islam on Feb 27, 2013 22:31:25 GMT 8
tapi ikan apri nih pelik sikit eko die kontot huhuhuhu Pari Batik
|
|
|
Post by toman bunga on Feb 27, 2013 22:36:31 GMT 8
nak best bukak river monter huhuhuhu
|
|
|
Post by Putera Mujahid Islam on Feb 27, 2013 22:53:56 GMT 8
River Monter tu menda?
|
|
|
Post by toman bunga on Feb 27, 2013 23:01:42 GMT 8
channel astro 551/556 citer tentang mancing huhuhu
|
|