Post by toman bunga on Aug 22, 2013 21:50:01 GMT 8
kan kaloi.
Diet kepet (lipas tanah),cacing,serangga kecik (kaloi ni umpan lalat), kelapa sawit, daun serinai, buah ara,pucuk ubi dan juga daun selaput tunggul. habitat-kawasan yg kurang berarus/banyak bereba/samai
di kawasan saya biasanya digunakan selaput tunggul dan pucuk ubi sebagai tukun... daun2 tersebut diletakkan di kawasan air tenang bagi menarik beliau untuk bermain di kawasan tersebut... seterusnya umpan kelapa sawit, buah ara ataupun daun serinai digunakan sebagai umpan memancing... kadangkala lipas dan pepatung juga menjadi umpan yang agak efektif sekiranya spesis ini bermain di kawasan tersebut...
saiz yang kecil cara pemakanannya lebih gelojoh berbanding yang berskala besar yang mana cara memakannya agak berhati2 dan perlahan...
ikan lampam
Ikan Ini Memiliki Banyak Nama Mengikut Lokasi Di Negara Ini. Ada Yang Menggelarnya Sebagai Kerandang, Jelai, Jaloi Atau 'Emperor Snakehead'. Nama Sainsnya 'Channa Marulioides'. Ia Merupakan Ikan Pemangsa Jenis Ikan Kepala Ular (Snakehead). Spesis Yang Memiliki Corak Cantik Ini Mendiami Sungai, Tasik Dan Kawasan Berpaya Berair Gambut Serta Mendiami Kawasan-Kawasan Berpaya Yang Kandungan Ph Airnya Rendah, Sama Seperti Saudaranya, Haruan Palas Dan Bujuk.
Ia Boleh Membesar Sehingga 68cm Dan Mencapai Berat Badan 3.5kg. Ikan Ini Dulu Banyak Terdapat Di Seluruh Malaysia Tapi Kini Amat Berkurangan. Ikan Ini Juga Boleh Di Dapati Di Selatan Thailand, Kalimantan Dan Sumatera, Indonesia.
ikan baung
<img src="https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/p206x206/293096_200847209975771_2720108_n.jpg" alt=""><br><br>Ikan Baung atau nama saintifiknya Mystus spp. adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia.<br>Ikan baung terdapat dalam sungai termasuk sungai Kalimantan Tengah dan ukurannya mampu mencapai 20 kg. Umpan yang digunakan untuk memancing ikan ini biasanya adalah induk semut (rangrang) yang berwarna hijau terang, satu kail biasanya dikaitkan 5 hingga 10 ekor induk semut tersebut, atau mengunakan cacing tanah yang besar atau usus ayam. Menurut penduduk setempat ikan baung sekitar 60-an ke bawah memancing ikan ini dengan sabun.<br>Ikan baung biasanya dielakkan sekiranya berlaku kecelakaan di sungai karena pernah dijumpai jari manusia di dalam perut ikan baung. Tapi rasa ikan baung ini tidak ada bandingnya apalagi selepas dibakar atau masak "tempoyak"...
Hemibagrus nemurus (baung)
Taburan : Semenanjung Malaysia, Sumatera, Jawa dan Borneo
Habitat : Tasik, sungai yang keruh dan muara sungai.
Diet : Serangga, anak ikan dan tumbuhan (Mohsin & Ambak 1992).
Ciri morfologi : Keseluruhan badan berwarna kelabu gelap, bahagian bawah badan berwarna cerah. Mempunyai kepala yang lebar dan tinggi. Rahang atas panjang sedikit daripada rahang bawah. Spina sirip dorsal dan spina sirip pektoral bergerigi ke belakang. Sirip adipos lebih pendek daripada sirip dorsal. Sesungut nasal sampai ke mata. Sesungut maksila sampai jauh ke hujung sirip dubur. Sesungut mandibel memanjang sampai ke dasar sirip pektoral. Sesungut mental lebih pendek. Sirip kaudal bercabang dan cuping atas kurang meruncing.
ikan toman
Channa micropeltes (toman)
Taburan : Semenanjung Malaysia, Sumatera, Borneo dan Indo-China.
Habitat : Tasik, sungai, empangan dan bekas lombong.
Diet : karnivor (Mohsin & Ambak 1992).
Ciri morfologi : Mempunyai badan yang memanjang. Kepala hampir leper dan rata di bahagian atas. Belahan mulut besar. Gigi besar berbentuk kon di rahang bawah. Rahang bawah lebih panjang. Maksila memanjang hingga ke belakang orbit. Mata besar dan menonjol. Ikan dewasa berwarna hitam di bahagian atas badan dan warna putih di bawah badan. Anak ikan berwarna perang dengan jalur hitam memanjang dan bawah badan berwarna putih. Sirip dorsal bagi ikan dewasa biasanya bertompok-tompok hitam. Sirip kaudal tidak bercabang berbentuk homoserkal. Garis deria sempurna memanjang merentasi badan melengkung ke bawah ruji dorsal ke-13. Mempunyai daya toleransi yang tinggi terhadap kandungan oksigen yang rendah kerana mempunyai apparatus pernafasan. Berkebolehan menanam diri bagi satu tempoh yang panjang semasa musim kemarau.